Zodiak - Detik Yang Berlalu

[edit lirik]
Sinar fajar pagi menyerlah indah
Kabus putih meliputi di perjalananku
Tersedar dari lena kedinginan terasa
Aku merindui belaian kasihmu

Semalam kau masih berada bersamaku
Hilaian tawamu masih ku dengari
Keindahan seketika menyusuri berlalu
Walaupun ku sayang pada dirimu

Selamat tinggal oh metropolitan
Terima kasih ku ucapkan padamu
Kerana menemukan sebuah cinta
Akan ku abadikan dalam ingatan

Ingin ku kembali ke medan cinta mu
Jika di takdirkan kita bertemu lagi
Biar pun ku rindu kepada dirimu
Ku harap kau kenangi kisah cinta kita

Selamat tinggal oh kenangan indah
Sedetik berlalu bagaikan setahun lamanya
Kita menyusuri kota yang penuh cabaran
Seolah tiada dapat dipisah

Tajuk Lagu: Detik Yang Berlalu
Lagu: Nik Azli
Lirik: Nik Azli
Album: Zodiak - Bintang Hati (1989)