EPILOG CINTA LUKA

[edit lirik]

Ku ciptakan lagu ini
Menghibur hati yang lara
Tersusun irama usang
Penawar jiwa tak tenteram
Walau syair tiada indah
Namun ku tetap mencuba
Biar dipandang hina
Biar hakikatnya nyata
Korus:
Gilakah aku kerana cinta
Menangis ketawa sendirian
Setelah semua yang ku sayangi
Menjadi debu berbisa
Benih cinta yang ku sirami
Kini dilanda kemarau

Solo
Semuga lena tidur ku
Diulik kan lagu ini
Biar kering air mata
Mengalirkan intan permata
Lagu: Eddie Hamid
Lirik: Eddie Hamid