Rusty Blade - Tiada Lagi Aku

[edit lirik]
Kita bersama menempuh semua
Dugaan melanda tidak ku pinta
Pahit dan manis duka menghiris
Kita mengharungi dengan berani

Gurau dan senda pun turut mengisi
Ruang dan ketika di masa sepi
Kepercayaan dan keikhlasan
Makin menguatkan persahabatan

Entah mengapa kau
Cepat benar berubah
Kerana kejayaan
Kau merasa megah

Jangan kau mudah terlupa
Setiap benda yang ada
Takkan kekal selama-lamanya
Diriku akhirnya kau singkir jua

Biarku pergi membawa sekeping hati
Tidak sanggup lagi aku menyaksi
Wajah yang pernah menyakitkan hati

Tajuk Lagu: Tiada Lagi Aku
Lagu: Rusty Blade
Lirik: Lukhman S
Album: Rusty Blade - Rintangan Hidup Dunia (1987)